widgeo.net

Monday, October 17, 2011

PERKHEMAHAN 2011










16 Oktober, Ahad : Bermula hari Khamis sehingga Sabtu ( 13-15 okt ) SK Pauh telah mengadakan Perkhemahan Perdana 2011 bertempat di padang sekolah. Peserta perkhemahan tersebut disertai oleh murid-murid tahap 2.

Cuaca yang baik membolehkan segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Kerjasama antara pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid terserlah sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Antara objektif perkhemahan ini adalah supaya murid-murid dapat merasai pengalaman berkhemah, dalam masa yang sama dapat diterapkan semangat berkerjasama, menghargai masa, displin diri dan seumpamanya. Semoga semangat perkhemahan kali ini sedikit-sebanyak dapat menyemai jati diri murid untuk menjadi insan yang lebih baik.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada sekolah-sekolah yang sudi meminjamkan peralatan perkhemahan yang memungkinkan perkhemahan ini dapat dijalankan. Semoga kerjasama seperti dapat dikekalkan demi kebaikan anak didik kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...