widgeo.net

Wednesday, July 25, 2018

Lawatan Mesra Pegawai Polis ke SK Pauh



LAWATAN MESRA PEGAWAI POLIS SARJAN NORDIN KE SK PAUH.

NAMA PEGAWAI : SARJAN NORDIN
HARI                      : RABU 
TARIKH                 : 25 JULAI 2018










 





Read more...

Thursday, January 29, 2015

Khamis, 29 Januari 2015 - Tanggal 22 Januari yang lepas, Program Sambutan Maulidur Rasul menjadi "buah tangan sulung" di SK Pauh untuk sesi 2015. Program sambutan ini bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, disamping menghayati sirah hidup baginda.

Tentatif program adalah seperti berikut:
  • Berkumpul di tapak perhimpunan
  • Penilaian sepanduk
  • Perarakan
  • Ceramah Maulidur Rasul ( Ustaz Mohd Razaman bin Mohamad)
  • Pertandingan Fesyen Muslim/Muslimah
  • Pertandingan Nasyid Tahap 2
  • Penyampaian Hadiah & penutup
Di harap majlis ini mampu menjelmakan rasa keinsafan dan mampu mengambil pengajaran tentang kepribadian unggul Rasulullah ke arah membentuk sahsiah dan peribadi yang cemerlang, seiring dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, beramal dan berketrampilan mulia.

Majlis sambutan berakhir pada pukul 1.00 t/hari




Read more...

Saturday, October 12, 2013

Kursus Pemantapan VLE Frog

Ahad, 13 Oktober 2013 - Pada Rabu, 9 Oktober 2013, pihak PKG Hulu Terengganu telah mengadakan Kursus Perluasan FROG VLE Murid di bawah projek 1bestarinet 2013 bertempat di SMK Bukit Diman. Seorang guru (Cikgu Ramli) dan 2 orang murid ( Azfar dan Muhammad Amirul Husni) dipilih sebagai peserta kursus. Kursus ini dikendalikan oleh pegawai-pegawai PKG Hulu Terengganu bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari.

Dua murid yang terpilih menyertai kursus secara langsung akan menjadi pembantu guru ke arah menyebarluas dan melaksanakan penggunaan FROG VLE di peringkat sekolah. Semoga kursus ini sedikit sebanyak mampu memberi keyakinan kepada semua warga sekolah selaras dengan impian Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran alaf baru.







Amirul sedang mengedit dashboard VLE Frog

Pegawai PKG Kuala Berang, En.Razlan
sedang memberi penerangan






Tema kereta menjadi pilihan..
Azfar sedang menambah widget pada dashboard

Read more...

Tuesday, October 1, 2013

Lawatan Penanda Aras Guru Pemulihan Johor ke Pantai Timur

Selasa, 1 Oktober 2013 - Buat julung kalinya pada tahun ini, SK Pauh telah menerima kunjungan rombongan guru-guru pemulihan dari Negeri Johor. Rombongan seramai 40 orang ini tiba di SK Pauh tepat jam 9.00 pagi. 


Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan bertukar pandangan ke arah pemantapan Kelas Pemulihan Khas khususnya. Rombongan  ini telah diberi sedikit taklimat oleh Cikgu Zulkifli Ibrahim (PK 1) dan guru Pemulihan Khas Cikgu Tuan Rohani Tuan Yahya. Seterusnya rombongan dibawa melawat kelas pemulihan iaitu Kelas Nurkasih. Selesai, rombongan menikmati sarapan pagi dengan hidangan makanan tradisi Negeri Terengganu iaitu nasi dagang dan laksa Terengganu. Majlis berakhir dengan satu persembahan tarian oleh murid-murid PPKIBP.

Semoga "Lawatan Penanda Aras Guru Pemulihan Johor ke Pantai Timur" ini mampu memberi lonjakan inspirasi untuk Kelas Pemulihan Khas SK Pauh agar terus tampil sebagai kelas pemulihan terbaik Negeri Terengganu.





Read more...

Saturday, September 28, 2013

Tahniah adik Nurul Jannah








 Ahad, 29 September 2013 - Wakil SK Pauh sekali telah menunjukkan bakatnya yang tersendiri apabila berjaya menarik perhatian para juri dalam Pertandingan "Public Speaking" yang telah diadakan di SK Kuala Berang pada 18 September yang lalu. Kepetahan wakil SKP melayakkannya menjadi johan dalam kategori tersebut yang diadakan sempena pertandingan 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Seluruh warga SKP amat berbangga dengan kejayaan adik Nurul Jannah bt Bidin.
SKP BOLEH!

Read more...

Saturday, August 3, 2013

Peperiksaan Percubaan UPSR 2013



Ahad, 04 Ogos - Pada minggu lepas peperiksaan percubaan UPSR telah dijalankan seluruh Terengganu. Seramai 4 murid SK Pauh telah berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Dua orang memperolehi 5A dan 4 orang memperolehi 4A. Murid yang mendapat 5A ialah Amir Farhan bin Assenam dan Fatimah Akmal bin Abdul Latif. Manakala dua murid yang mendapat 4A ialah Nur Nadhirah bt Che Wan Ahmad dan Ahmad Naqiuddin bin Mohd Anaki.

Diharapkan kejayaan yang diperolehi menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid Tahun 6 SKP untuk belajar dengan lebih tekun untuk mencipta kegemilangan UPSR 2013 nanti.

Read more...

Monday, July 16, 2012

Senamrobik 1M1S 1Malaysia

16 Julai, Isnin- Pada Selasa 10 Julai warga SK Pauh telah mengadakan Senamrobik 1 Malaysia yang dijalankan serentak seluruh negara. Senamrobik ini dijalankan bermula 7.45 pagi dan berlangsung selama 35 minit.

Senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar  1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Record sebagai "Largest Simultaneos participation of School Student in An Aerobic Session"

Sementara antara matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan mereka.





Read more...

Cemerlang Pra Percubaan UPSR

16 Julai, Isnin- Pada Ahad yang lalu, pihak pengurusan SK Pauh telah meraikan murid cemerlang Tahun 6 yang memperolehi 5A dalam ujian OTI2 dan Pra Percubaan dijalankan baru-baru ini. Murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang tersebut ialah Nashruddin bin Wahab, Aliff Asyraf bin Aznan dan Siti Noraini bt Ahmad.

Guru Besar, Hajah Leha bt Hj Ali telah bermurah hati menyumbang cederahati sebagai perangsang kepada semua murid Tahun 6 untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Semoga usaha ini mampu menaikkan semula maruah SK Pauh.



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...