widgeo.net

Monday, April 16, 2012

Ujian SEGAK


16 April, Isnin - Baru-baru ini telah diadakan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) bertempat di Dewan Terbuka SK Pauh.Ujian ini dijalankan selaras dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah.


Antara matlamat ujian ini adalah agar murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal yang optima. Ujian ini disasarkan kepada murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Ujian ini dikendali bersama Cikgu Ramli, Cikgu Azha dan Cikgu Zawati. Antara ujian yang dijalankan ialah:

1. Turun naik bangku
2. Tekan tubi
3. Ringkuk tubi separa
4. Jangkauan melunjur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...