widgeo.net

Saturday, July 14, 2012

Ujian TID 2012

15 Julai, Ahad - Pada Selasa 10 Julai 2012, murid-murid tahun 6 telah menjalani ujian TID (Talent Identification) atau mengenalpasti bakat sukan bertempat di dataran perhimpunan. Pada dasarnya TID ialah satu program yang telah dirancang untuk memilih bakal-bakal atlit yang berbakat untuk diserapkan ke sekolah-sekolah sukan. Matlamat utama ujian ini adalah untuk mengenalpasti atlit yang benar-benar berkebolehan dari peringkat awal.


Ujian-ujian TID termasuklah Ujian Anthropometrik dan Ujian Kecergasan.
Ujian Anthropometrik:
  • ketinggian berdiri
  • ketinggian duduk
  • panjang depa
  • berat badan
Ujian Kecergasan:
  • lari pecut 40 meter
  • jangkauan melunjur
  • lari ulang-alik 10 meter
  • lompat jauh berdiri
Sesi ujian TID dikendalikan bersama Cikgu Ramli, Cikgu Azha, Cikgu Abdul Rahman dan Cikgu Shakila.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...