widgeo.net

Monday, May 21, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

16 Mei, Rabu - Guru Inovatif  Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara...seperti lazimnya,Warga SK Pauh telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan penuh meriah. Majlis bermula dengan membaca perutusan yang disampaikan oleh GB Hajah Leha bt Hj Ali, GPK 1 En Zulkifli bin Ibrahim dan GPK HEM Pn Aminah bt Mamat. Seterusnya warga pendidik SKP mendendangkan lagu 'Kami Guru Malaysia' dan lagu tema hari Guru 2012.


Majlis sambutan diteruskan dengan acara sukaneka yang disertai semua guru. Antara acara yang diadakan termasuklah menjunjung pundi kacang dan sambut belon berisi air. Persembahan murid tahun 2 dan tahun 4 yang sangat menarik telah menghidupkan suasana sambutan ditambah pula dengan persembahan guru-guru yang tidak kurang hebatnya. Acara pertukaran hadiah antara guru juga diadakan sejurus selepas itu. Majlis sambutan berakhir dengan jamuan makan tengah hari di Resort Warisan Pahlawan.


terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...