widgeo.net

Thursday, January 29, 2015

Khamis, 29 Januari 2015 - Tanggal 22 Januari yang lepas, Program Sambutan Maulidur Rasul menjadi "buah tangan sulung" di SK Pauh untuk sesi 2015. Program sambutan ini bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, disamping menghayati sirah hidup baginda.


Tentatif program adalah seperti berikut:
  • Berkumpul di tapak perhimpunan
  • Penilaian sepanduk
  • Perarakan
  • Ceramah Maulidur Rasul ( Ustaz Mohd Razaman bin Mohamad)
  • Pertandingan Fesyen Muslim/Muslimah
  • Pertandingan Nasyid Tahap 2
  • Penyampaian Hadiah & penutup
Di harap majlis ini mampu menjelmakan rasa keinsafan dan mampu mengambil pengajaran tentang kepribadian unggul Rasulullah ke arah membentuk sahsiah dan peribadi yang cemerlang, seiring dengan matlamat pendidikan Islam untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, beramal dan berketrampilan mulia.

Majlis sambutan berakhir pada pukul 1.00 t/hari



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...