10 Februari, Jumaat- Bermula Isnin, 06 Februari, murid-murid SK Pauh mula menjalankan program 10 minit membaca Al Quran sebelum memulakan pembelajaran bertempat di kantin sekolah. Semua guru dan murid berkumpul di kantin sekolah seterusnya akan mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran yang diketuai oleh ustazah bertugas. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat menghasilkan murid-murid yang berjaya dalam akademik dan baik budi pekerti di samping dapat menyemai sifat sayangkan Al Quran.
No comments:
Post a Comment