21 Februari, Selasa- Bertempat di Dewan SKP, Program Temu Murni telah diadakan iaitu perjumpaan antara guru bersama murid dan keluarga. Adalah diharapkan Program Temu Murni ini akan dapat memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa tahap kebolehan atau potensi anak mereka yang terkini. Langkah ini sangat penting agar ibu bapa dapat membuat tindakan susulan sewajarnya demi kebaikan anak-anak tersayang.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan perjalanan Program Temu Murni kali pertama 2012. Semoga kejayaan menjadi milik kita...
SK PAUH BOLEH!!!
No comments:
Post a Comment