widgeo.net

Monday, May 21, 2012

Perjumpaan Ibu Bapa dan Murid bersama PPD

30 April, Isnin - Satu majlis perjumpaan ibu bapa dan pelajar bersama Pegawai Pendidikan Daerah telah diadakan bertempat di Makmal Sains SK Pauh. Sekalung penghargaan khas buat En. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin kerana sudi meluangkan masa untuk bersama warga SK Pauh. Semoga kehadiran beliau sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat buat warga SK Pauh untuk mencipta kegemilangan.


Sementara objektif utama majlis ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar dan juga ibu bapa agar sama-sama memainkan peranan demi kebaikan bersama. Majlis juga dihadiri oleh En Saidi bin Ishak, Guru Besar SK Bukit Perah yang memberikan panduan-panduan peperiksaan.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...