widgeo.net

Monday, March 22, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pauh telah mengadakan sukan olahraga peringkat sekolah pada 3 Mac 2010. Perancangan telah dijalankan di peringkat awal dan mendapat sokongan dari pihak pengurusan sekolah dan dari semua guru, murid dan ibu bapa.

Untuk menyerikan majlis tersebut, Yang Berhormat Rozi bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu) telah di jemput untuk merasmikan Majlis Penutup sukan tersebut. Majlis penutup berjalan dengan meriah dengan iringan perbarisan dari tiga buah rumah sukan. Terima kasih YB kerana sudi merasmikan majlis kami.

Johan pada tahun ini jatuh ke rumah Merah, kedua rumah biru dan tempat terakhir ialah rumah kuning. Tahniah kepada semua pemain dan peserta yang berjaya atau kepada yang tidak berjaya. Sokongan padu dari semua pihak telah memeriahkan sukan tersebut dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...