widgeo.net

Tuesday, January 25, 2011

BUKU-BUKU BAHARU ADA DI PEJABAT SEKOLAH

Pada masa cuti akhir tahun 2010 lalu, IAB melalui penerbit menghantar sekotak melalui kurier yang mengandungi 16 naskhah buku.Buku-buku ini diterbitkan oleh ITNM dan dicetak dalam tahun 2010. Judul-judul buku yang sampai ke sekolah ialah:
1. Inilah Sekolah Idaman Pelajar
2. Mengurus Kualiti Di Sekolah
3. Merancang Kemajuan Sekolah
4. Strategi Memasarkan Sekolah
5. Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah
6. Panduan Mengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah
7. Pembelajaran Aktif
8. Belajar Secara Berkesan Di Sekolah
9. Mengajar Secara Efektif
10. Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah
11. Mengurus Sumber Di Sekolah
12. Multimedia Di Dalam Darjah
13. Pendidikan Moden Di Jepun
14. Mengembangkan Profesionalisme Di Sekolah
15. Pengajaran Pakar
16. (cikgu dah pinjam, lupa tajuknya)

Mungkin ada sekolah yang belum membuka kotak berkenaan. Buka sekarang dan mari kita sama-sama membaca buku-buku berkenaan. Paling tidakpun, ia dapat menambah maklumat dalam kepala kita, dan boleh membantu kita selaku guru atau pentadbir di sekolah. Guru-guru yang sedang menyambung pelajaran, termasuk yang mengikuti PKPGB, boleh menjadikan buku-buku ini sebagai sumber atau rujukan tugasan kursus. bagi guru yang berada di sekolah yang tidak cukup berkursus 7 hari sehingga akhir tahun, boleh dijadikan gantian kepada kursus wajib kita. Yang utama, marilah kita bersama meningkatkan bilangan rakyat Malaysia yang suka membaca, lebih baik lagi amalan membaca dijadikan hobi kebanyakan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...