widgeo.net

Wednesday, June 15, 2011

ReFresh SK Pauh

Mulai 01 Jun 2011, insyaAllah blog SK Pauh akan segar semula.Yang penting dalam apa-apa kerja buat adalah minat. Ada pengetahuan atau kepakaran, tanpa minat kepandaian akan berkubur bersama masa berlalu. jika ada minat, lebih-lebih lagi minat giler, beruntunglah rakan-rakan sejawat dan juga majikan.



Apa-apa pun terima kasih kepada Cikgu Ramli yang berusaha memperbaiki layout blog Sk Pauh ini.


Diharapkan minat cg Ramli semakin tinggi semoga blog ini menjadi rujukan rakan sejawat, murid-murid, ibu bapa malah siapa sahaja yang teringatkan SK Pauh. Kepada cikgu-cikgu lain, cuba-cubalah berjinak-jinak dengan ICT agar kita bukan


imigran kepada ICT yang semakin canggih dan memudahkan dalam apa jua. Percayalah cikgu-cikgu, ICT memudahkan kita. Manfaatkan ICT walaupun kita nampak banyak yang negatif. Sebenarnya banyak yang positif, bergantung pada apa yang kita fikir. Mungkin murid-murid kita nampak membuat perkara negatif bila bersama-sama komputer, kita tidak tau sebabnya, mungkin kurang bimbingan dari kita untuk mereka gunakan komputer sebaik mungkin.


Saya selaku GB Sk Pauh, cuma dapat sekali sekala untuk update blog ini. kalau petrlu ,Sk pauh juga ada fb, cari sahaja SK Pauh, terengganu, ada lah tu.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...