widgeo.net

Saturday, July 2, 2011

1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA




LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


3 Julai, Ahad - Larian 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA peringkat sekolah telah dijalankan pada Sabtu, 2 Julai serentak seluruh negara. Guru-guru dan murid-murid SKP bersemangat untuk menjayakan program tersebut. Seawal 6.50 pagi segelintir murid dan guru telahpun sampai ke sekolah...bersemangat ni!!



Seterusnya semua guru dan murid membuat pendaftaran kehadiran. Sebelum larian bermula ucapan ringkas disampaikan Guru Besar yang disayangi...dan yang penting "warming up" yang diketuai Cikgu Zawati, Cikgu Rozilah dan GB sendiri!!..


Tepat jam 7.45 pagi, larian sejauh 1.5km bermula. Upacara pelepasan peserta disempurnakan oleh GPK 1 Cikgu Zulkifli Ibrahim.....daaaaann..POOOOOOOONGGGGGGGGGGG..larian pun bermula...
Lebih kurang setengah jam larian pun berakhir...semua dah penat dah ni..tapi takpe, makanan disediakan..upacara makan-memakan pun bermula.. he he he.

Program seterusnya ialah perlawanan futsal antara rumah. Memang sangat menyeronokkan!! Murid-murid perempuan sangat teruja kerana "first time" main futsal. "BEST GILER"..itulah luahan rasa mereka, tahun depan boleh buat lagi ni..Akhirnya Rumah Biru menjadi juara dengan memenangi 4 kategori..tahniah!

Program 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh GB.

...jumpa lagi tahun hadapan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...