16 Februari, Khamis- Warga SKP sekali lagi telah kehilangan seorang guru yang sangat komited dengan tugasnya iaitu cikgu Faridah bt Wahab. Beliau akan bertukar dan bertugas di SK kuala Telemong. Ketiadaan cikgu Faridah merupakan satu kehilangan besar buat warga SKP kerana sifat keibuannya berjaya membimbing dan mengubah murid yang lemah menjadi lebih cemerlang. Cikgu Faridah juga bertanggungjawab menjadi SKP cemerlang dalam sukan bola jaring.
Semoga cikgu Faridah akan terus berjaya walau di mana jua beliau berada, bak kata pepatah “Kalau asal benih yang baik, dicampak ke darat menjadi gunung dan dicampak ke laut menjadi pulau’.
Selamat bertugas di tempat baharu dan selamat maju jaya.
No comments:
Post a Comment