widgeo.net

Thursday, February 16, 2012

Sukan Tahunan Sekolah 2012





16 Februari, Khamis- Bermula Selasa hingga Khamis (14-16 Feb) SKP telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan yang melibatkan penyertaan semua murid. Kejohanan ini menjadi sangat penting kerana dalam kejohanan ini murid-murid yang berbakat akan dipilih untuk mewakili sekolah di kejohanan olahraga peringkat daerah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kesepakatan pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan murid-murid menjadikan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Guru Besar Hajah Leha sendiri sangat mengambil cakna untuk memastikan kejohanan ini berjalan dengan sempurna.

Terima kasih untuk semua yang menjayakan kejohanan ini, termasuk pihak yang menaja aiskrim yang diusahakan oleh Pn. Aziah Abdullah. Usaha murni puan sangat dihargai...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...